Friday, 13 April 2012

Picnic @ Pantai Kok, Langkawi.

Hari ni seawal jam 8.00am, kami berlima (mak, adik, abg cik, iman & aku) pergi cari bahan berkelah. Nasib sgt baik hari ni sbb dapat jumpa 'beronok' kat market Padang Matsirat.

Menu berkelah ari ni:
1) ikan banang bakar
2) udang&ketam rebus
3) kerabu beronok
4) ulam2
5) sambal belacan

Beronok ni sepupu-sepapat gamat kot. Pas dah buang isi perut dia n cuci elok2, potong halus2. Pastu campur ngan bahan kerabu cam kelapa, kerisik, cili giling, serai, garam, air asam n ulam cam pucuk gajus/selom n etc. Makanan glamer bg org langkawi. Org tempat lain tak tau kot.

Selain dari kerabu beronok, makanan lain yg jugak cuma leh dapat kat langkawi cam kerabu ikan kebasi dan lattut. Kerabu ikan kebasi guna ikan mentah iaitu ikan kebasi yg dibuang tulang tengah n diracik halus. Bahan kerabu sama ja cam kerabu beronok. Sedap... Cuba baru tau. Tp tak semua org lalu mkn la. Ada kwn aku time kolej dulu, memang takleh telan. Tekak lain2 kan.

Lattut tu lak cam rumpai laut. Kat Sabah pun ada tp cam bentuk lain sket. Lattut ni kena laga ngan ikan rebus & sambal kerisik. Dia kira ganti ulam la. Rasa masin2 sedap.

Kesimpulannya, semua makanan hari ni sedap2 sbb mak yg buat. Kami tolong2 jer. Sampai taktau mana satu nak makan dulu. Klo ada ramai2 lg best.

Makcik aku yg dok kat Kepala Batas, Alor Setar tetiba muncul tp dah petang. Tak dan join picnic kami la.

1 comment: