Hari Sabtu bawak Iman pegi jln2 tgk pokok. Asalnya sesaja je jenjalan. Klo ada pokok selom bonus la. Sbb minggu seblom tu cari tp xde nursery yg ada.
Brother2 Bangla kt situ dah cam sgt time aku g situ. Klo lama xdtg mesti dorang tanya. Siap leh dpt special price ngn sorg abg Bangla tu.
Akhirnya terbeli jugak 1 pokok limau nipis n 2 pokok rose. Pokok ros ni spesis sama yg dah ada. Cuma kaler jer lain. Jenis ni tak susah jaga. Berbunga tak henti2. Cuma satu ja kelemahan dia, tak berbau langsung. Setakat ni aku dah ada kaler pink garang, kuning & oren. Bangla tu ckp spesis ni takleh kena matahari kuat sangat. Tp klo ikut pembacaan aku tru internet, jenis pokok bunga mesti kena matahari. Baru berbunga. Entahlah.. Pokok yg lama tu aku letak bawah bumbung jugak. Tp klo time panas terik, kena jugak. Ok pulak. So, kira ok la kot kne matahari.
Asalnya memang ada 1 pokok limau purut. Tak terfikirla pulak nak beli pokok limau nipis. Yg kelakar tu, bila makin membesar, limau yg disangka purut tu tetiba hilang purutnya. Daun limau purut pun dah takde. Skrg aku sgt suspend apakah jenis buah limau yg bakal keluar. Yg pasti bukan limau nipis sbb daun dia lain.
Tetiba aku rasa patut tanam pokok limau nipis bila everytime nk guna limau, aku akan beli sebiji atau dua bijik jer. Klo beli byk mesti rosak jer dlm peti ais. Lagi pulak tgk pokok limau nipis bapak mertua aku yg lebat berbuah, menambah keinginan aku punyai pokok limau nipis sendiri.
Apa pokok yg aku harap dapat tanam lagi? Pokok yg takde kat nursery:-
1) pokok mertajam- daun dia sgt mustajab utk cantikkan kulit muka. Pakai dgn bedak sejuk. Kt kg leh la buat.
2) pokok aloe vera-utk lembabkan kulit, elok utk rambut, utk panas2 badan, darah tinggi etc.
3) pokok ulam2 cth beluntas, cemumar, mengkudu, ulam raja.
4) pokok belimbing buluh. Yg ni ada kt nursery tp tempat nk tanam pulak takda. Takleh tanam dlm pasu coz dia jenis pokok besar.
5)pokok jambu batu spesis buah kecik. Dah beli satu tp mcm nk mati jer. Rasanya sbb space too limited. Aku tanam dia kat bwh pokok kendondong ngn pokok pandan. Tu yg wat dia malas nk membesar rasanya. Susah dpt matahari. Pokok jambu buah jecik ni menggamit memories zaman g mengaji lalu kot rumah pak haron posmen. Sbb suka sgt buah tu, budak2 sll mintak kt tuan rumah nk amik buah kt pokok. Termasuk aku. Teringat sedapnya buah tu.
No comments:
Post a Comment